Selasa, 14 Julai 2009

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP Ambilan Julai 09 (Hari Pendaftaran)





Pada tarikh 13 Julai 2009, seramai 202 pelajar baharu dari seluruh pelosok tanah air telah dijadualkan mendaftarkan diri di IPGM Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Daripada jumlah diatas, hanya 164 orang sahaja yang telah mendaftarkan diri pada tersebut.

Pelajar -pelajar PPISMP Ambilan Julai 09 ini telah berjaya menempatkan diri di KPT setelah melalui sesi temuduga dan Ujian Ikhtisak yang berlangsung beberapa bulan yang lepas. Daripada 93 ribu permohonan, hanya lebih kurang 6 ribu sahaja yang berjaya mendapat tempat di 27 kampus IPGM di seluruh negara.

Bagi peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik, pendaftaran bermula tepat jam 8 pagi di Dewan Besar IPGM KPT. Antara proses-proses yang dijadualkan ialah pendaftaran dengan Tutor, pendaftaran Online, pembelian barang di Kooperasi dan berakhir di tempat pendaftaran Kolej Kediaman.

Seramai 35 orang AJK Penempatan telah ditugaskan untuk mengawal, menyelia, mengiring dan mendaftarkan pelajar-pelajar baharu tersebut. AJK Penempatan telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: Pendaftar (Kafetaria), Pengiring (Kolej Kediaman & Lobi Kafetaria) dan Ketua Kolej Kediaman (Kolej Kediaman).

Semua AJK yang terlibat telah menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dan kami bagi pihak JPP Kolej Kediaman ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan semua AJK.

Borang pengecualian kuliah akan diedarkan kepada semua AJK selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

0 ulasan: