Selasa, 14 Julai 2009

Perhatian Kepada Semua Penghuni Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik!!!

Perhatian kepada semua penghuni kolej kediaman, pendapat, idea, bangkangan, nasihat, komen dan ketidakpuasan hati anda dialu-alukan di ruangan Shout Out blogspot ini.

Apa sahaja idea dan isi hati yang tersirat boleh diluahkan di ruangan tersebut. Pihak pengurusan blogspot akan membaca dan meneliti semua cadangan dan rungutan yang tersiar di ruangan itu.

Sebarang kerosakan pada alatan di kolej kediaman juga boleh dilaporkan di ruangan tersebut. Sila berikan maklumat yang lengkap tentang kerosakan yang berlaku berserta nombor bilik dan nama penghuni.

Kami amat berbesar hati jika terdapat penghuni yang mempunyai idea-idea yang bernas lag canggih untuk disumbangkan kepada kami. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, idea-idea yang dikemukakan akan dapat diketengahkan.

Kami juga menyediakan ruangan pengundian bagi beberapa perkara untuk memudahkan semua penghuni memaparkan kehendak sebenar penghuni.

Antara ruang pengundian yang dibuka ialah berkenaan aktiviti-aktiviti yang patut dilaksanakan dan berkenaan dengan pemansuhan bilik stor. Diharapkan semua penghuni dapat membuat pilihan yang bijak.

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu PPISMP Ambilan Julai 09 (Hari Pendaftaran)





Pada tarikh 13 Julai 2009, seramai 202 pelajar baharu dari seluruh pelosok tanah air telah dijadualkan mendaftarkan diri di IPGM Kampus Pendidikan Teknik Kuala Lumpur. Daripada jumlah diatas, hanya 164 orang sahaja yang telah mendaftarkan diri pada tersebut.

Pelajar -pelajar PPISMP Ambilan Julai 09 ini telah berjaya menempatkan diri di KPT setelah melalui sesi temuduga dan Ujian Ikhtisak yang berlangsung beberapa bulan yang lepas. Daripada 93 ribu permohonan, hanya lebih kurang 6 ribu sahaja yang berjaya mendapat tempat di 27 kampus IPGM di seluruh negara.

Bagi peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknik, pendaftaran bermula tepat jam 8 pagi di Dewan Besar IPGM KPT. Antara proses-proses yang dijadualkan ialah pendaftaran dengan Tutor, pendaftaran Online, pembelian barang di Kooperasi dan berakhir di tempat pendaftaran Kolej Kediaman.

Seramai 35 orang AJK Penempatan telah ditugaskan untuk mengawal, menyelia, mengiring dan mendaftarkan pelajar-pelajar baharu tersebut. AJK Penempatan telah dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu: Pendaftar (Kafetaria), Pengiring (Kolej Kediaman & Lobi Kafetaria) dan Ketua Kolej Kediaman (Kolej Kediaman).

Semua AJK yang terlibat telah menjalankan tugas masing-masing dengan sempurna dan kami bagi pihak JPP Kolej Kediaman ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas pertolongan semua AJK.

Borang pengecualian kuliah akan diedarkan kepada semua AJK selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Sabtu, 6 Jun 2009

sambutan hari guru

Kepada semua warga ipgm kampus pendidikan teknik, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi sambutan hari guru yang bakal berlangsung pada 26 jun 2009. Tunjukkanlah penghargaan anda pada hari ini. Sokongan dan kerjasama anda amat kami hargai

Jumaat, 1 Mei 2009

Pertandingan Sempena Minggu Silatulrahim Kolej Kediaman


Hadiah lumayan menanti anda semua.
Sila rujuk ketua kolej kediaman masing-masing.
Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan kepada 3 Mei 2009.
Sertailah sebelum terlambat.
Marilah bersama-sama memeriahkannya.

Tayangan Filem Slumdog Millionare


Perhatian kepada seluruh warga Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik, anda dijemput hadir untuk menyaksikan filem "Slumdog Millionare" pada hari Ahad ini (3 Mei 2009). Filem itu akan mula ditayangkan pada jam 9 malam. Oleh itu, pihak penganjur amat mengharapkan anda semua dapat berada di dalam dewan kuliah selewat-lewatnya pada jam 8.50 malam.

Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Rabu, 29 April 2009

Sejarah IPGM – Kampus Pendidikan Teknik


IPGM – Kampus Pendidikan Teknik

IPGM – Kampus Pendidikan Teknik adalah sebuah institusi pendidikan guru (IPG) yang dikhususkan untuk melatih guru-guru bidang teknik dan vokasional untuk ditempatkan di sekolah-sekolah teknik dan vokasional di seluruh Malaysia.
IPGM – Kampus Pendidikan Teknik lahir setelah proses naik taraf daripada maktab kepada institut dilaksanakan pada bulan April 2006 setelah dipersetujui oleh Kabinet Malaysia.

Moto Berusaha dan Berbakti
Ditubuhkan 17 Mei 1962
Rektor Puan Hajah Zakiyah binti Idris AMN
HEP Tuan Haji Muaaz bin Muhamad
Lokasi Bandar Tun Razak, Cheras
Laman web http://www.ipteknik.edu.my


Sejarah ringkas
Selaras dengan syor-syor dalam Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib tentang pendidikan teknik dan vokasional, Jawatankuasa Penyemak Dasar Pelajaran 1960 mencadangkan sebuah maktab perguruan teknik ditubuhkan selewat-lewatnya pada tahun 1962. Oleh itu dalam bulan Jun 1960, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk mendapatkan pakar teknik dari Kanada bagi mengkaji penubuhan maktab perguruan teknik di negara ini.
Kemudian pada bulan Jun 1961, dengan kerjasama Kerajaan Kanada melalui Rancangan Colombo, dua orang pakar pendidikan teknik dan vokasional Kanada iaitu Encik C.C. Aschroft, pakar kejuruteraan dan bekas Pengetua Maktab Perguruan Teknik Ontario, Kanada dan Encik D.T. Dingwell, bekas guru teknik di Junior Technical Trade School, Kuala Lumpur (1956-1958) telah datang ke negara ini untuk membuat kajian. Hasilnya, mereka telah mengesyorkan kepada kerajaan beberapa langkah yang perlu diambil termasuklah anggaran perbelanjaan pembinaan bangunan, reka bentuk bangunan, bengkel, makmal, kurikulum dan sebagainya.
Berikutan itu, satu perjanjian kerjasama lima tahun telah ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Kerajaan Kanada. Mengikut perjanjian tersebut, Kerajaan Kanada bertanggungjawab untuk menyediakan tenaga pengajar, merangka data kursus dan menganjurkan latihan untuk kakitangan tempatan di Kanada.
Dengan itu lahirlah Maktab Perguruan Teknik (MPT) pada 17 Mei 1962, selepas tibanya sekumpulan guru teknik dan vokasional dari Kanada yang diketuai oleh Encik B.F. Addy. Bangunan MPT yang pertama terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah bekas bangunan Kolej Perempuan Melayu (Malay Girl's College) yang telah berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan. Kemudian pada akhir tahun 1967 apabila perkhidmatan kakitangan dari Kanada tamat, semua tanggungjawab untuk mengurus maktab ini diambil alih oleh pegawai-pegawai tempatan.
Peranan maktab ini telah menjadi bertambah penting dengan terlaksananya Sistem Pelajaran Aneka Jurusan dalam tahun 1965 yang memperkenalkan empat mata pelajaran baru di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga.
MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional.
MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992.
Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerahkan Ijazah Perguruan kepada para pelajarnya. Ia mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik (IPTKL) dan kini dikenali sebagai IPGM – Kampus Pendidikan Teknik.

Visi
Institut Perguruan Teknik adalah Institusi Latihan Pendidikan dan Pusat Rundingcara Pedagogi dalam bidang Sains dan Teknologi yang cemerlang, terkini dan bertaraf dunia.

Misi
Melahirkan pendidik yang intelek, berhemah tinggi, kreatif-inovatif, berdaya tahan serta berakhlak mulia untuk merealisasikan kemajuan institusi pendidikan.

Alamat
IPGM – Kampus Pendidikan Teknik,
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras,
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Jurusan
Kemahiran Hidup & vokasional
Reka Bentuk & Teknologi(RBT3)
Matematik
Pemulihan Bahasa Melayu
Sains
Ekonomi Rumah Tangga

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Institut_Perguruan_Teknik

Warden-Warden Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik

Ketua Warden:
Pn. Normala Bt. Mohd

Warden Kolej Kediaman A:
Dr. Tajul Ariffin Yang Hussein
En. Abd. Hamid Tan

Warden Kolej Kediaman B:

Cik Rohaiza Mohamed
En. Kamaruddin Tahir

Warden Kolej Kediaman C:
En. Rohaizad Agil
Ustaz Ilias Embong

Warden Kolej Kediaman D:

En. Hashim Misron

Warden Kolej Kediaman E:
En. Zamri Wahid
Pn. Normah Bt. Abd. Rahman

Kolej Kediaman E

Kolej Kediaman E

Warden:
En. Zamri Wahid
Pn. Normah Bt. Abd. Rahman

Senarai Ahli Jawatankuasa Kolej Kediaman E

Ketua Kolej Kediaman :

Nur Hakimah Bt. Mahmud

Penolong Ketua Kolej Kediaman :
Syaida Sahera Bt. Mohd Ali

Setiausaha :
Nor Hafizah Bt. Abu Hassan

Bendahari :
Fadhlina Bt. Abd. Samad

Ketua Aras 0 :
Siti Azerah Bt. Mohd Yasin

Ketua Aras 1 :
Nur Azah Bt. Bidin

Ketua Aras 2 :
Norema Bt Idris

Ketua Aras 3 :
Nor Azila Bt. Isa

Kolej Kediaman D

Kolej Kediaman D

Warden:
En. Hashim Misron

Senarai Ahli Jawatankuasa Kolej Kediaman D

Ketua Kolej Kediaman :

Nora Bt. Mohd Nor

Penolong Ketua Kolej Kediaman :
Maisara Bt. Othman

Setiausaha :
Siti Khadijah Binti Alias

Bendahari :

Lim Sie Tien

D1

Ketua Aras 1 :

Nur Syuhada Bt. Saidy

Ketua Aras 2 :
Saraswati A/P Muthiah


D2

Ketua Aras 0 :

Nurjalilah Yaakob

Ketua Aras 1 :

Syakhira Husna Illias

Ketua Aras 2 :
Nurul Ain Muhamad Zin

Ketua Aras 3 :
Nur Wardah Md. Nazir

Kolej Kediaman C

Kolej Kediaman C

Warden:
En. Rohaizad Agil
Ustaz Ilias Embong

Senarai Ahli Jawatankuasa Kolej Kediaman C

Ketua Kolej Kediaman :
Ahmad Zakwan Bin Abdul Ghafar