Selasa, 14 Julai 2009

Perhatian Kepada Semua Penghuni Kolej Kediaman IPGM Kampus Pendidikan Teknik!!!

Perhatian kepada semua penghuni kolej kediaman, pendapat, idea, bangkangan, nasihat, komen dan ketidakpuasan hati anda dialu-alukan di ruangan Shout Out blogspot ini.

Apa sahaja idea dan isi hati yang tersirat boleh diluahkan di ruangan tersebut. Pihak pengurusan blogspot akan membaca dan meneliti semua cadangan dan rungutan yang tersiar di ruangan itu.

Sebarang kerosakan pada alatan di kolej kediaman juga boleh dilaporkan di ruangan tersebut. Sila berikan maklumat yang lengkap tentang kerosakan yang berlaku berserta nombor bilik dan nama penghuni.

Kami amat berbesar hati jika terdapat penghuni yang mempunyai idea-idea yang bernas lag canggih untuk disumbangkan kepada kami. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, idea-idea yang dikemukakan akan dapat diketengahkan.

Kami juga menyediakan ruangan pengundian bagi beberapa perkara untuk memudahkan semua penghuni memaparkan kehendak sebenar penghuni.

Antara ruang pengundian yang dibuka ialah berkenaan aktiviti-aktiviti yang patut dilaksanakan dan berkenaan dengan pemansuhan bilik stor. Diharapkan semua penghuni dapat membuat pilihan yang bijak.

0 ulasan: